Kerjaya Ellie Suriaty

Sebelum berkecimpung dalam dunia seni lakonan dan pengarahan, beliau merupakan bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines dari tahun 1991 sehingga 1997. Ketika menjadi pramugari, beliau dikenali sebagai Suri dalam kalangan rakan sekerja di Malaysia Airlines.

Dirnya mula menjadi masyhur selepas menjadi pengarah teater "Antara" bersama Erma Fatima, sungguhpun kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya.[1], [2] Teater itu dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie mengubah suai naskah Antara kerana dikatakan "terpesong" daripada akidah Islam. Berkenaan hal itu, Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Ellie Suriaty http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&f... http://112.137.167.193/features/42-personality/243... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.imdb.com/name/nm0648317/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.kosmo.com.my/hiburan/ibu-ellie-suriaty-... https://web.archive.org/web/20180911073554/http://... https://web.archive.org/web/20180707040439/https:/... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/09...